|
MUQADDIMAH
SURAH YASIN |
[1] Surah Yasin Ia
diturunkan selepas turun surah al-Jin; ia mengandungi sebanyak 83 ayat, yang
semua ayat-ayatnya diturunkan di Mekah.
Apakah ada ayat yang
diturunkan di Madinah:
(a)
Ada pendapat ulama
menyatakan bahawa ayat 12 sahaja diturunkan di Madinah yang dikatakan ada
kaitan dengan Bani Salamah yang berpindah dari kampung mereka ke masjid Nabawi.
Namun, pendapat tersebut terbuka kepada kritikan yang akan dibahas dalam ayat
ke-12 nanti[1]
(b)
Menurut USAIMIN, JALALAIN kata, semua ayat-ayat dalam
surah Yasin diturunkan di Mekah kecuali ayat ke-47[2]
sahaja.
Walaubagaimana pun,
Usaimin menyatakan bahawa semua ayat-ayat dalam surah Yasin diturunkan di Mekah
dengan alasan-alasan berikut;
(a)
Uslub ayat lebih tegas. Berbeza dengan uslub ayat
Madinah agak lembut. Hal ini kerana, Kandungan ayat kelihatan berkomunikasi
dengan arab yang lebih sastera, sedangkan komunikasi di Madinah sudah campur
antara arab dan ahli kitab sedangkan ahli kitab tidak bersastera berbanding
arab
(b)
Ayat-ayat sesuatu surah yang diturunkan di Mekah;
semua ayatnya diturunkan di mekah kecuali ada dalil yang jelas mengatakan
bahawa ia diturunkan di Madinah. Demikian juga ayat-ayat yang diturunkan di
Madinah bahawa semuanya diturunkan di Madinah kecuali ada dalil sesuatu ayat
pengecualian itu diturunkan di Mekah.
Dalam hal surah Yasin ini, tidak ada satu dalil yang jelas mengatakan ada
ayat tertertentu diturunkan di Madinah kecuali terbuka kepada pentakwilan[3].
[2] Antara fadhilat surah
Yasin;
(a)
Dibaca untuk orang
yang hampir dengan kematian.
Dalam hadis—daripada Ma’qil bin Yasar berkata bahawa
Rasulullah saw ada bersabda;
عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اقْرَءُوا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ» - ابو داود,
3121
Bacakan yasin terhadap
orang yang hampir mati dari kalangan kamu” (hadis ini dinilai doif oleh Albani dan Arnaut kerana
ada perawi majhul, iaitu Abu Osman dan bapanya)
Menurut SHIHAB, perkataan موتاكم dalam hadis ini ada dua pentafsiran ulama. Ada yang tafsirkan
sebagai “ORANG YANG SEDANG AKAN MATI”. Ada pula tafsirkan sebagai “ORANG YANG
SUDAH MATI[4]”
Menurut HAMKA, al-Imam Ahmad ada menyatakan
bahawa jika surah ini dibacakan berhampiran dengan orang yang sedang sakaratul
Maut, Allah akan meringankan baginya dan mudah keluar roh[5].
(b)
Jantung al-Quran.
Dalam hadis—daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw bersabda;
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ قَلْبًا، وَإِنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ يس، مَنْ قَرَأَهَا،
فَكَأَنَّمَا قَرَأَ الْقُرْآنَ عَشْرَ مَرَّاتٍ» - الترمذي, 2887
“Setiap sesuatu itu ada jantungnya. Jantung al-Quran adalah
Yasin. Barangsiapa yang bacanya, seakan-akan di abaca al-Quran sepuluh kali” (hadis ini doif,
kerana ada perawi majhul yang bernama Harun Abu Muhammad)
Menurut
Imam al-Ghazali, dinamakan juga dengan JANTUNG AL-QURAN kerana, ia menjelaskan
perkara dasar bagi kehidupan manusia dalam beragama seperti kebangkitan selepas
mati, keimanan, amal soleh dan sebagainya[6].
[1]
Shihab:11/501
[2]
Surah Yasin 36:47
وَإِذَا
قِيلَ لَهُمْ أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنُطْعِمُ مَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ أَطْعَمَهُ إِنْ
أَنْتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (47)
[3]
Usaimin, yasin, 4.
[4]
Shihab:11/501
[5]
Hamka, 8/5964
[6]
Shihab:11/501.
No comments:
Post a Comment