|
YASIN 36:7 |
لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى
أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (7)
Demi
sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka
tidak mahu beriman.
|
HUBUNGAN
AYAT |
|
|
AYAT 6 |
AYAT 7 |
|
Dijelaskan berkenaan tugas Nabi untuk
memberi peringatan dan khabar ketakutan berkenaan azab. |
Dijelaskan pula bahawa tidak semua
yang mendengar peringatan itu menerima. Yang paling ramai adalah kalangan
yang tidak percaya kepada Nabi Muhammad. |
[1] Selepas
disebutkan bahawa tujuan Nabi diutuskan untuk memberi ancaman azab, maka
dijelaskan bahawa azab itu adalah benar dan hakikat kekufuran yang berlaku pada
masyarakat arab adalah benar.
[2] Kebenaran itu
sudah ada dalam perkataan Tuhan. Dalam konteks ayat, merujuk kepada kalangan yang
majoriti menolak dari beriman itu adalah benar.
Kalau ada yang beriman pun, mereka dari
kalangan yang sedikit sahaja.
|
لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ |
[3] Maksud
“perkataan yang benar” adalah;
a.
Ada
tafsirkan sebagai ancaman Azab itu adalah benar.
b.
Ada
tafsirkan sebagai Benarlah bahawa mereka adalah benar-benar kufur[1].
c.
Shihab
tafsirkan, perkataan Allah adalah benar, iaitu azab seksa yang dikenakan kepada
kebanyakkan mereka itu dalam pengetahun dan ketentuan Allah[2].
|
عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا
يُؤْمِنُونَ (7) |
[4] Asyur kata, ini adalah TAFSIL (perincian)
terhadap maksud tujuan nabi diutuskan untuk memberi peringatan berkenaan azab,
iaitu hakikat bagi kaum arab itu ada dua jenis;
A.
Jenis
yang inzar itu tidak bermanfaat untuk mereka.
B.
Jenis
yang inzar itu bermanfaat untuk mereka.
Namun, dari dua jenis ini, yang paling ramai
adalah jenis A; iaitu inzar itu tidak bermanfaat kepada mereka[3].
[5] Macam mana
mereka nak beriman dan percaya kepada Nabi, sedangkan mereka adalah kalangan غافلون, iaitu mereka tidak dapat
PERHATIKAN sesuatu yang terjadi di hadapan mereka atau apa yang berlaku di
keliling mereka. ekoran hati mereka tidak bergerak, tidak hairan mereka kekal
sebagai tidak beriman.
[6] maksud dengan
“kebanyakkan mereka” adalah penduduk mekah[4].
[7] Menurut AL-RAZI,
maksud ayat adalah manusia ada dua jenis.
(1)
mereka
yang sampai dakwah, tetapi menolak dakwah. Ini adalah kelompok yang ramai.
(2)
Mereka
yang tidak pernah sampai dakwah. Ini adalah kelompok yang sedikit[5].
[8] Menurut QURTUBI,
maksud dengan “mereka tidak beriman” adalah mereka tidak percaya dengan ancaman
Azab yang diceritakan oleh Nabi Muhammad saw[6].
No comments:
Post a Comment