|
YASIN 36:3 |
إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (3)
Sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus
|
HUBUNGAN
AYAT |
|
|
AYAT 2 |
AYAT 3 |
|
Al-Quran adalah sumber kebijaksanaan |
Kebijaksanaan al-Quran dari sudut
praktikal adalah dilihat pada Nabi Muhammad saw |
[1] Dalam ayat
sebelum, dinyatakan bahawa al-Quran adalah sumber kebijaksanaan.
Justeru, ayat ini memberitahu bahawa
kebijaksanaan al-Quran itu semakin jelas melalui penjelasan dari Nabi. Tanpa
Nabi Muhammad, penjelasan al-Quran masih kabur.
[2] Ayat
ini diturunkan selepas dari sejarah Nabi berjumpa dengan Jin yang dengan itu,
jin mula memeluk islam. Kejadian ini berlaku selepas dari Nabi ke Taif.
Bermaksud, ayat ini diturunkan sekitar dalam 3 tahun sebelum hijrah.
Pada
masa itu, penentangan terhadap Nabi saw begitu juga. Antara penentangan yang
mereka lakukan adalah menolak bahawa Nabi saw ada utusan Allah. Justeru, ayat
ini diturunkan untuk menegaskan bahawa Nabi itu benar-benar utusan Allah.
|
إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ (3) |
[3] TERJEMAHAN:
Hamka: “Sesungguhnya engkau adalah termasuk
orang-orang yang diutus”
Saya: (al-Quran itu punyai seribu satu
kebijaksanaan. Kebijaksanaan itu bukan biasa-biasa, bahkan ia datang dari) engkau
(wahai Muhammad) yang merupakan salah seorang dari kalangan orang yang
diutuskan menjadi rasul
[4] Dalam
ramai-ramai Nabi, salah seorang nabi yang diutuskan Allah itu adalah Nabi
Muhammad saw. Justeru, jika mereka boleh imani Nabi Ibrahim, kenapa mereka
tidak boleh percaya bahawa ada zuriat Nabi Ibrahim yang menjadi Nabi dari
bangsa mereka sendiri, iaitu Nabi Muhammad saw.
[5] Dalam ayat ini, ada 2 ta’kid;
(1)
Perkataan
إن –
(2)
Perkataan
ل pada لمن
Justeru, ayat ini adalah satu penegasan bahawa
Nabi Muhammad adalah utusan Allah yang tidak boleh diingkari lagi
No comments:
Post a Comment