Friday, July 21, 2023

YASIN 1

 

YASIN 36:1

 

يس (1)

Yas, siin

 

[1] Ia adalah Huruf Muqatta’at الْحُرُوفِ الْمُقَطَّعَةِ sepertimana dalam awal surah-surah yang lain seperti الم, الر, كهيعص dan sebagainya.

 

MAKNA YASIN

[2] Ulama berbeza pendapat dalam pentafsiran terhadap makna YASIN adalah seperti berikut;

(a)                IBN JARIR nukilkan pentafsiran IBN ABBAS yang menyatakan bahawa ia adalah satu sumpah yang dipakai tuhan.

(b)               Dalam riwayat lain, IBN ABBAS kata, ia adalah singkatan dari يا أيها الإنسان (Wahai Manusia). ini juga pendapat IKRIMAH, AL-DAHHAQ, HASAN BASRI dan SUFYAN BIN UYAYNAH. Kata USAIMIN, ada dari kalangan ulama tafsirkan bahawa ي itu merujuk kepada huruf Nida’, iaitu merujuk kepada يا ايها dan س itu merujuk kepada الإنسان[1]

(c)                Menurut SAID BIN JUBAIR, dalam bahasa orang HABSHI, perkataan YASIN digunakan untuk maksud “wahai manusia”.

(d)               SAID BIN JUBAIR dan AL-ZAJJAJ serta beberapa orang ulama kata, ia salah satu dari nama-nama Nabi Muhammad saw.

Menurut IBN ASYUR, orang yang kemukakan itu adalah ISMAIL BIN BIKR AL-HIMYARI seorang pensyair rafidhoh. Ia kemukakan tafsiran ini dengan bawakan ayat al-Quran;

سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ (130) – الصفات (37)

“sejahtera terhadap keluarga Nabi Muhammad”

Ditambah pula hujah, sambungan ayat ada menyebut berkenaan Nabi saw: إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ [يس: 3][2]

Mereka turut berhujah dengan hadis bahawa Nabi saw ada bersabda;

إن الله أسماني في القرآن سبعة أسماء: محمد, وأحمد, وطه, ويس, والمزمل, والمدثِّر, وعبد الله

Sesungguhnya Allah memberi nama aku dalam al-Quran dengan tujuh nama; Muhammad, Ahmad, Taha, Yaa siin, al-Muzammil, al-Mudassir dan Abdullah” (hadis ini tidak sahih)[3]

Pendapat ini dibantah oleh SHIHAB dengan menyatakan bahawa kalau Yasin di sini merujuk kepada Nabi Muhammad, sudah pasti bacaan Yasin itu adalah YASINUN, sedangkan bacaan ayat ini tidak boleh dibaca begitu[4].

(e)               Ada riwayat kata, ia salah satu nama-nama Allah.

(f)                 QATADAH kata, ia salah satu nama al-Quran.

(g)                AL-SYAWKANI nukilkan pendapat KHALIL dan SIBAWAHAIHI bahawa ia semata-mata nama surah.

(h)               ABU BAKAR AL-WARRAQ kata, ia bermaksud “WAHAI PENGHULU SEGALA MANUSIA”.

 

[3] Semua tafsiran ini datang, membuktikan bahawa dalam hal agama ini tidak semua perkara tuhan menjelaskannya secara terang. Dengan sebab itu, ia terbuka kepada pelbagai pentafsiran.

Menurut HAMKA, dalam hal agama ini tidak semua perkara manusia dapat tahu faedah dan manfaatnnya.

Contoh, seorang tuan arahkan hambanya agar pindahkan sesuatu batu. Dia tidak menyatakan sebab dan manfaat disebalik suruhan itu. apabila hamba itu taat, tanpa difahami disebalik suruhan itu pun dia tetap lakukan.

Namun, jika dia tahu faedah disebalik pindahkan batu itu kerana di sebalik itu ada harta, sudah pasti hamba itu berkerja bukan kerana taat, tetapi kerana faedah dan manfaat yang dia dapat[5].



[1] Usiamin, yasin, 8.

[2] Razi:26/251

[3]Qurtubi:15/ 5

[4] Shihab:11/505.

[5] hamka:8/5969

No comments:

Post a Comment

YASIN 9

    YASIN 36:9   وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ ...