|
YASIN 36:2 |
وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ
(2)
Demi
Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh
[1] perkataan و pada وَالْقُرْآنِ adalah واو القسم, iaitu و yang bermakna sumpah. Dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai
“demi”.
Sumpah
tidak akan berlaku kecuali ia serius dan penting. Justeru, apabila Allah
mulakan dengan bersumpah atas nama al-Quran, menandakan al-Quran adalah sesuatu
yang penting dan serius.
[2]
Perkataan al-Quran, USAIMIN kata berasal dari;
(a)
Dari perkataan قرأ (membaca). Hal ini kerana,
al-Quran adalah kitab yang dibaca.
(b)
Bermakna perhimpunan. Ekoran itu, ada perkataan قرية (kampung) kerana kampung adalah tempat
himpunan manusia.
Menurut
USAIMIN, al-Quran mempunyai dua sifat tersebut; iaitu ia adalah HIMPUNAN
kata-kata ilahi yang perlu DIBACA yang TERHIMPUN dalamnya segala KEBAIKAN[1].
[3]
Perkataan الحكيم yang diterjemah dengan YANG MAHA
BIJAKSANA. Nisbah kepada
makhluk yang hidup, bijaksana disandarkan kepada YANG BERAKAL. Justeru,
seakan-akan dia berkata: kalau kamu tengok orang bijaksana, maka kebijaksanaan
itu dapat diambil dari al-Quran[2].
[4] Berkenaan MAHA BIJAKSANA AL-QURAN, SHIHAB menyatakan,
ada pentafsiran berikut;
(a)
al-Quran ini
adalah kalamullah yang bijaksana yang bersifat Qadim.
(b)
Jika dilihat dari sudut metafora, ia memberi maksud
bahawa al-Quran itu mempunyai roh, iaitu sesiapa yang meneliti dan cermati
al-Quran, mereka akan jumpa kebijaksanaan[3].
USAIMIN menambah lagi;
(c)
Hukum-hukum dalam al-Quran bersifat adil serta selaras
dengan fitrah dan akal sarih. Dengan sebab itu, tidak ada hukum dalam a-Quran
yang mustahil pada akal dan menyalahi fitrah.
(d)
Uslub al-Quran yang saling menguatkan antara satu
dengan yang lain[4].
QURTUBI kata;
(e)
Ia tidak berlaku percanggahan antara satu ayat dan
ayat al-Quran yang lain[5].
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ
عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا (82) – النساء (4)
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak
mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi
Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya”
IBN KATHIR kata:
(f)
Kandungan al-Quran yang tidak ada sebarang kebatilan,
walaupun sedikit[6].
[5] Memandangkan al-Quran itu terkandung KEBIJAKSANAAN,
sebab itu sebarang perselisihan perlu dirujuk kepada al-Quran. Firman Allah;
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى
اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59) – النساء (4)
“Jika
kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya[7].
[6]
HAMKA kata, maksud dengan bijaksana al-Quran adalah;
(a)
Bijaksana
dari sudut kandungannya.
(b)
Bijaksana
dari sudut susunan kata dan ayatnya[8].
|
PENGAJARAN |
Al-Quran
ini mempunyai kebijaksanaan tersendiri. Apatah lagi, kebijaksanaan manusia
datang dari proses akal yang berfikir ekoran interkasi pancaindera dan alam.
Dengan itu, al-Quran sebagai mekanisma untuk menggerakkan akal untuk mencapai
kebijaksanaan.
No comments:
Post a Comment